31 December 2010

BARACUDA utk pemain2 Skuad Harimau Malaya.


:::Tekanan utk pasukan Malaysia:::
Tahniah buat Skuad Harimau Malaya krn berjaya mencipta sejarah baru utk Malaysia. Anda semua merupakan peniup semangat baru utk 27 juta rakyat Malaysia meminati bola sepak tanah air kembali. Tahniah sekali lg diucapkan.

:::Getirnya di Indonesia:::

Mungkin ramai yg tidak menyedari skuad Malaysia menempa sejarah menaiki kereta perisai "BARACUDA". Skuad Malaysia terpaksa menaiki lima buah kereta perisai spt hendak berperang ke Stadium Gelora Bung Karno. Namun mental dan semangat juang mrk patut disanjung tinggi krn tetap kuat dan cekal utk memberikan nafas baru dan hadiah utk negara Malaysia yg tercinta. Tahniah skuad Malaysia, tanpa mental dan semangat yg kuat mungkin anda semua kecundang dihadapan 95 ribu rakyat Indonesia.

"Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat."~ Benjamin Disraeli

29 December 2010

bermula kerja baru...

:::memulakan tugas:::

Alhamdulillah selesai jua beberapa kerja baru yg diamanahkan pd bahu ini pagi td. Bukan senang utk memulakannya tp dgn pertolongan dan kerjasama semua kerja menjadi mudah.Terima kasih kpd yg menghulurkan bantuan.

:::perkongsian pengalaman:::


Terima kasih kpd Cikgu Salina krn menurunkan segala ilmu dan pengalaman yg sgt berharga. Moga2 segala pengalaman yg telah dikongsikan hari ini mampu menyempurnakan segala tugas yg telah diamanahkan.

"Pintaslah waktu untuk mendapat lebih bnyk pengalaman hidup."

28 December 2010

Terharu atas kepercayaan yang diberikan.

:::2011:::

"2011" kian menjengah kita semua. Bagi aku, penghujung 2010 membuatkan aku terharu krn diberi kepercayaan dan amanah yg begitu besar utk aku laksanakan. Genap setahun berada di Selatan tanah air, maka 2011 pula memerlukan aku bekerja lebih kuat demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Terima kasih krn memberikan kepercayaan yang tinggi dan ruang utk diri ini belajar perkara yang baru dlm dunia pendidikan. Aku mengharapkan yang terbaik dari semua untuk terus bekerja bersama-sama seikhlas mungkin demi membangunkan 'anak-anak bangsa' yang dahagakan ilmu dr gurunya walaupun sekelumit cuma.

"Jadilah org yang lebih memperhatikan karektor daripada reputasi, kerana karektor adalah siapa anda sebenarnya, sedangkan reputasi ialah bagaimana orang lain berfikir tentang anda."-John Woden.