29 December 2011

Taklimat

|29hb122011|


Alhamdulillah taklimat mengenai Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum bagi sesi persekolahan 2012 berjalan dengan jayanya hari.

27 December 2011

Sekolah 2012

::|Meriah ~ 28hb122011|::



Guru kelas sibuk mengasingkan buku untuk murid bagi sesi persekolahan tahun 2012. Kehadiran ibu bapa amatlah dihargai. Moga-moga sesi persekolahan bagi tahun 2012 tidak lama lagi berjalan dengan lancar.

Mesyuarat Guru 2012

::Selesai hari pertama::



Alhamdulillah msyt berjalan spt yg dijadualkan. Namun masa tetap mencemburuinya. Maka mesyuarat ditangguhkan.

26 December 2011

Mulanya 2012

::Mesyuarat::

Mesyuarat Guru Sk Sri Perani Kali Pertama Tahun 2012.

Hari : Selasa
Tarikh : 27hb.12.2011
Jam : 8:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Sri Perani

06 December 2011

Pekeliling Gaji SBPA 2012 - credit beritasemasa.com



[UPDATE 4 DISEMBER 2011 Berita SBPA Gaji Baru 2012] Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012

Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

Difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

CREDIT- beritasemasa.com

04 December 2011

SBPA 2012

::Tahniah Penjawat Awam:: - credit utk Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA

Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Dalam masa yang sama janganlah lupa mengenai 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan Ini.

p/s: yang lain sabar dulu yea..hehehe. bagi golongan pelaksana menjalankan kerja2 mereka terlebih dahulu utk kita -kata kawan aku...hehehe (",)

Pantai

::03hb122011::



Jalan-jalan makan angin di Pantai Melawi dan Pantai Irama Bachok, Kelantan. Geram jer Adam dan Alan nak masuk air..hehehehe..

Taman Tamadun Islam

::02hb122011::














Kali ini berpeluang menghabiskan masa di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu walaupun sekejap. Gembira bukan main lagi Adam & Alan. Aku dan wife juga telah mendapat pasport masuk ke TTI, Kuala Terengganu.

Setelah penat, tanpa berlengah lagi kami berempat terus bergerak ke Desa SBJ Putra iaitu rumah Tok Ma dan Tok Abah kepada Adam dan Aqlan.

03 December 2011

Cuti Sekolah 2011

::01hb122011::


Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. Penat bukan kepalang tapi hati puas melihat kerenah anak-anak bujang yang makin membesar. TQ Allah.

p/s: berehat seketika di Kuala Terengganu...

18 August 2011

Balik kampung

::Penat tp gembira::


12 Ogos 2011 - Jumaat, kami sekeluarga bergerak pulang ke kampung. Kuantan merupakan tempat kami bermalam sblm meneruskan perjalanan. Anak2 bujangku bukan main gembira lg bila dpt berjalan. Adam yang paling seronok sebab dia tahu arah tuju kami sekeluarga.

12 August 2011

Merdeka...Merdeka...

::Kemerdekaan::

Masa cepat berlalu, kita hanyut dibuai masa tanpa menghiraukan perjuangan org2 terdahulu. Mereka bermatian2 mempertahankan Tanah Melayu. Namun kini, rakyat seolah-olah memandang enteng pada Jalur Gemilang. Tambahan pula, tahun 2011 ini sambutan kemerdekaan 'bersaing rapat dgn Hari Raya Aidilfitri. Ramai yg leka dan terlepas pandang untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Ayuh rakyat Malaysia...kibarkanlah Jalur Gemilang walaupun kecil kerana ia memberi makna yg amat besar kpd generasi akan datang.

::Jom kibarkan Jalur Gemilang::








::Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu::

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

11 August 2011

Hari ke 2 (9 Ogos) dan ke 3 (10 Ogos)

::Selesai sudah:::

Ujian Nilai Tambah UPSR 2011 berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Murid-murid dapat merasai pengorbanan ibu bapa masing-masing.

::Hari ke 2 ( 09 Ogos 2011 )::







::Hari ke 3 ( 10 Ogos 2011 )::







08 August 2011

Nilai Tambah UPSR 2011

:::3 Kertas:::

Alhamdulillah calon2 UPSR Sk Sri Perani hari ini telah menduduki Ujian Nilai Tambah UPSR 2011 bagi 3 kertas dengan jayanya, tahniah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd ibu bapa yg sudi menemani anak masing2 ketika mrk menjawab soalan bagi Kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Kertas Bahasa Melayu Penulisan dan Kertas Matematik 1.






07 August 2011

Hari2 cepat sgt...

:::Rindu:::

Dah bersawang ..dah berhabuk....tp masa cukup singkat utk melakukan semuanya..harap2 masa + semangat ada utk 'bersihkan' blog aku mulai mlm ini (",)

p/s: time berbuka td dah cukup, tp air masih kurang nie (",)

09 April 2011

beza dulu dan kini..

:::Terima Kasih:::

Cikgu2 dilupakan bila anak dpt keputusan cemerlang.....hanya anak dibanggakan, dicium dan dipeluk. Cikgu tidak pernah mengharapkan apa2, cukuplah cuma sekadar ucapan dr bibir manis si ibu atau si bapa amat sukar hinggap pd halwa telinga cikgu2 kini. Namun, bila anak2 MALAS...KEPUTUSAN TERUK, cikgulah yg kena hentam serta jadi topik hangat harian mrk di depan rumah dan di kedai2 kopi...inilah sikap manusia yang tidak mengenang budi. Renung2kan...cikgu2 telah banyak berjasa kpd kita semua.

01 April 2011

Confirm Masuk Syurga

:::Pakai Serban:::

"Cikgu, org yg pakai serban nie kuat agamanya," kata murid aku.

"Cikgu tak pakai serban kenapa?" tanya murid aku.

"Cikgu cukup tak sembahyang?," soal murid aku. Maka yg lain2 pun sibuk mengiakan yg pakai serban nie orangnya kuat agama.

Berdesing telinga aku ngn bdak2 nie...makin hari makin memandai-mandai dan bukannya pandai.Aku dah ckp dah sblm nie jgn suka main2 dgn agama kalau tak tahu. Suka2 jer menilai org.

"Awk ingt pakai serban tu CONFIRM MASUK SYURGA ker?" balas aku.

"Kalaulah pakai serban tu boleh jamin saya masuk syurga, esok jugak sy pakai!"

"Kan sy dah ckp, jgn menilai seseorg melalui luarannya. Sblm ni awk suka2 jer mengatakan itu haram...ini halal...apa nk jadi dgn awk semua nie?" soal aku.

"Kita perlu bersederhana, Agama Islam tak pernah menyusahkan penganutnya. Org yg FANATIK agama jer sanggup menyusahkan diri sndiri," kata aku.

Aku mencuri..

:::Agak lama:::
Kali ini mungkin aku terpaksa mencuri masa wpun sekejap. Kalau tak memng akan bersawanglah blog aku nie..harap2 dptlah aku update sekerap yg mungkin wpun tak pjng entrynya. Terima kasih kpd yg slalu/sudi menjengok blog aku yg tak seberapa ini. Tq SEMUA..jmpa lg...Semoga kalian semua terus maju dlm kerjaya masing dan sntiasa dilimpahkan dgn rezeki dariNYA. Amin..

13 March 2011

Alan & Baby Arnab.

:::Alan & Arnab:::
Bukan main seronok lg anak bujang aku yg sorg nie membuli arnab uwannya ptg td..hehehe.
Reaksi dan suaranya membuatkan 'baby arnab tak duduk diam..hehehe...bukan main lg membelasah arnab uwan yea..Alan ..hehe..