31 January 2011

Suasana banjir @Kota Tinggi - 31hb012011

:::Hari yg memenatkan:::
Walaupun memenatkan, aku makin tabah dan berfikir panjang buat keputusan hari ini. Silap percaturan maka menolaklah keta aku pg td dlm air banjir. Nasib menyebelahi aku hari ini. Alhamdulillah.


:::Tempat letak kereta Muzium Kota Tinggi:::
Waktu pg tadi kenderaan ringan termasuk kereta aku tidak dibenarkan masuk lg ke bandar Kota Tinggi. Maka tmpat yg masih free utk aku parking ialah di Muzium Kota Tinggi.
Kereta aku sama paras dgn bumbung rumah belakang. Rasa2nya kalau banjir besar pun Muzium Kota Tinggi masih selamat.


:::Kosong bandar Kota Tinggi:::
@Pasaraya KINI~Tempat letak kereta kosong krn fenomena banjir berlaku walaupun sekejap. Petang tadi nasib baik aku smpat membeli brg2 keperluan anak2 aku sblum mrk membungkus semua brg2 yg hendak dijual sbg persiapan menghadapi banjir.

:::Sekitar bandar Kota Tinggi:::
Waktu ptg td banjir mulai surut.Bermacam2 gelagat anak2 kecil bermain air.Moga2 tidak ada perkara buruk yg berlaku krn sebahagian longkang besar sukar dilihat.


22 January 2011

Rumah Idamanku

:::Dunia Seni Visual 2011:::




Pengalaman baru mengajar Dunia Seni Visual(KSSR)utk murid2 tahun 1 perlukan bnyk kesabaran dlm mengajar mrk meluahkan idea melalui lakaran lukisan dan contengan warna yg bersesuaian. Tahniah buat murid2ku seramai 8 0rg (4 lelaki+4 perempuan).

"Kejayaan hidup adalah bergantung kpd kualiti pemikiran anda. Oleh itu jagalah pemikiran anda baik-baik." ~ Marcus Aurelius

20 January 2011

Homestay Kg Lukut Kota Tinggi

:::Siap jua:::
Alhamdulillah siap jua blog utk Homestay Kg Lukut wpun aku mengejar masa dlm menyelesaikan kerja2 yg lain. Diharapkan Homestay Kg Lukut mampu bersaing secara sihat dgn homestay2 yg lain di alam siber. Moga2 permulaan utk tahun 2011 ini mampu menyuntik semangat mrk2 yg bekerja keras dlm memajukan Homestay Kg Lukut ini. Amin.


:::Selamat Hari Thaipusam:::
Buat mrk2 yg menyambut Hari Thaipusam aku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Thaipusam", moga2 kalian semua meraikannya dgn gembira bersama keluarga tercinta.

"Tiada istilah zon selesa kerana anda malas anda tidak akan mendapat apa2 hasil."

17 January 2011

Minggu ke 2 dah berlalu..

:::Minggu ke-3 menjelma:::

Aku perlu melangkah dgn bergaya bersama murid2 thn 6 Terbilang bg tahun 2011. Moga2 dgn usaha aku dgn kerjasama mrk semua mampu menjadikan impian aku dan mrk menjadi kenyataan.AMIN

Hujan renyai2 dikala subuh yang akan menjelma menandakan rezeki drNYA. Alhamdulillah bnyk kerja2 minggu ke-2 hampir siap pd pg ini. Moga2 masa mengizinkan aku utk terus bekerja dlm mencari keredhaanNYA.

10 January 2011

Melayan murid2 pra sekolah..

:::Minggu ke-2/2011:::



Hari ini penuh dgn gelak tawa bersama-sama murid pra sekolah Sk Sri Perani hampir sejam. Macam2 kerenah dan telatah mereka semua mencuit hati aku. Pengalaman berharga utk tahun 2011 bersama-sama murid2 pra sekolah yg majoritinya hanya tahu hendak bermain jer. Nak tak nak,aku layan jerlah sambil bercerita, berkongsi apa yg mrk hendak luahkan, mengenal huruf dan mengenal nombor.

"Saya selalu percaya jika kita berusaha bersungguh hasilnya akan datang. Saya tidak melakukan sesuatu itu dengan separuh hati sahaja. Kerana saya tahu sekiranya saya melakukan begitu saya akan mendapat keputusan separuh juga." ~ Michael Jordan (Lagenda Bola Keranjang Dunia)

08 January 2011

Kerjalah kamu...2011

:::Awal 2011:::

Bnyk lg kerja2 baru menuntut aku untuk belajar secepat mungkin bg memudahkan urusan kerja hari-hari yang mendatang. Moga2 semua kerja mampu aku buat dgn kudrat yg diberikanNYA.Amin.

"Jika waktu kita anggap sebagai sesuatu yang sangat berharga maka membuang waktu secara sia-sia seharusnya adalah pemborosan yang paling merugikan." ~ Benjamin Franklin

07 January 2011

Kenangan diabadikan..

:::Meraikan GB,GPKHEM,PPM:::



Alhamdulillah selesai jua majlis meraikan org2 yang banyak berjasa ketika di Sk Sri Perani. Moga2 DIA mampu membalas segala2nya.Amin. Moga2 kalian semua mampu menjadi insan yg terbaik dan terus gemilang ditmpt yg baru nanti. Amin

:::Selamat datang:::


Sk Sri Perani telah mendapat seorg guru besar yg baru. Tahniah Cikgu Othman krn sudi bertugas bersama2 kami di Sk Sri Perani.

"Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir." ~ Hamka

05 January 2011

Ayah 'keek C'

:::Melayan/Memujuk:::

Macam2 perangai betul anak bujang aku yg sulung nie. Sebelum pergi sekolah pun letak syarat kena bawa dia pergi 'Keek C' dulu...hehehehe

"Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupan yang dengannya hati anda akan benar-benar hidup"~ Sayyidina Hasan bin ali

04 January 2011

Perginya seorg 'GB yang amat baik & cemerlang....tahniah cikgu.

:::COOL & SPORTING:::
Walaupun sekejap cuma aku bekerja dgn GB Sk Sri Perani iaitu Cikgu Abdul Sabeth, bnyk aku boleh belajar drpd beliau. Beliau merupakan BOSS yg paling COOL dan SPORTING HABIS setakat ini. Beliau tak pernah menyusahkan guru-guru, malah suka membuat kerja sendiri. Terlalu besar pengorbanan yg telah beliau curahkan utk guru-guru dan anak-anak didiknya. Hanya DIA yg dpt membalas segala jasa dan budi beliau. Amin.

:::Tahniah:::
Tahniah cikgu, moga2 dgn kenaikan pangkat ini membolehkan cikgu berbakti dgn lebih cemerlang spt mana cikgu telah membuktikannya ketika di Sk Sri Perani.

"Seseorang yang berjuang membela kebebasan dan keadilan tidak mungkin gagal. Sungguhpun ia mungkin dianggap sebagai orang gagal semasa hayatnya, namun sejarah akan tetap menilainya sebagai pemenang." ~ Kim Dae Jung

03 January 2011

Hari pertama persekolahan 2011


:::Murid-muridku:::
Alhamdulillah segala2nya berjalan lancar pada hari pertama persekolahan. Kelihatan wajah2 ceria berbaris sebelum perhimpunan sekolah bermula.

:::Semangat 2011:::
Hari ini dgn rasminya aku melakukan kerja2 yang diamanahkan dgn penuh semangat walaupun kepenatan mengemas bilik baru. Banyak lagi kerja2 yang baru perlu aku pelajari dan fahami. Bnyk juga fail2 murid yang penting2 perlu diteliti satu persatu...insyaAllah.Diri ini mengharapkan kerjasama daripada semua cikgu utk membantu aku yg baru nak 'bertatih' dgn perkara2 baru yang melibatkan hal ehwal murid ini. Terima kasih semua krn sudi memberi kerjasama.

"Selagi hidup, perjuangan tidak akan tamat"

02 January 2011

RM5000.00 & Sebidang tanah.

:::Penghargaan utk wira2:::

“Saya cukup terharu dan bangga dengan kejayaan kita menjuarai Piala Suzuki selepas menanti selama 14 tahun. Kita masih mampu menjaringkan gol sekali pun beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia dan ia adalah satu kejayaan penuh bersejarah."

“Apa yang pasti, kejayaan ini turut melibatkan enam anak Terengganu dan kita (kerajaan negeri) telah bersetuju untuk memberi hadiah berupa sebidang tanah untuk tapak rumah dan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada mereka,” katanya ketika ditemui semalam."

“Kalau pemain itu berasal dari Kuala Terengganu, maka kita akan carikan sebidang tanah di Kuala Terengganu. Begitu juga kalau dia berasal dari Dungun ataupun dari daerah-daerah lain.

“Kita lakukan semua ini kerana mahu menghargai jasa mereka pada ketika Terengganu kini merupakan antara kuasa utama sukan di Malaysia,” jelasnya lagi.

~kata-kata yang diluahkan oleh Dato Seri Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu.

:::Tahniah:::
Tahniah buat wira2 dari Skuad Harimau Malaya yg telah mengharumkan nama negara. Kerajaan negeri Terengganu bersetuju memberikan RM5000 dan sebidang tanah kpd 6 org anak Terengganu yg telah menamatkan 'kemarau selama 14 tahun.

"Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat"~ Charles Cahier

01 January 2011

2011 kini.



:::Kini 2011:::
Alhamdulillah, buka mata pg nie dgn penuh nikmat. Masih diberi peluang oleh Yang Maha ESA utk melangkah dgn jayanya pada tahun 2011...insyaAllah. Anak2 aku makin membesar bersama ibunya yg tercinta manakala umur aku makin meningkat. Perancangan yg terbaik mesti direncanakan dan dilaksanakan sebaik mungkin.AMIN.

:::Azam:::
Manakala rata2 antara kita mempunyai AZAM masing2. Alhamdulillah, jika dah mempunyai azam maka ia sudah dikira baik. Kita perlu merancang dan mencorak sebaik mungkin sebagaiamana perancangan yg telah dibuat dgn izinNYA. Moga2 azam kalian semua tercapai pd tahun 2011 ini.

"masa tidak akan menunggu kita walaupun sesaat"