02 January 2011

RM5000.00 & Sebidang tanah.

:::Penghargaan utk wira2:::

“Saya cukup terharu dan bangga dengan kejayaan kita menjuarai Piala Suzuki selepas menanti selama 14 tahun. Kita masih mampu menjaringkan gol sekali pun beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia dan ia adalah satu kejayaan penuh bersejarah."

“Apa yang pasti, kejayaan ini turut melibatkan enam anak Terengganu dan kita (kerajaan negeri) telah bersetuju untuk memberi hadiah berupa sebidang tanah untuk tapak rumah dan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada mereka,” katanya ketika ditemui semalam."

“Kalau pemain itu berasal dari Kuala Terengganu, maka kita akan carikan sebidang tanah di Kuala Terengganu. Begitu juga kalau dia berasal dari Dungun ataupun dari daerah-daerah lain.

“Kita lakukan semua ini kerana mahu menghargai jasa mereka pada ketika Terengganu kini merupakan antara kuasa utama sukan di Malaysia,” jelasnya lagi.

~kata-kata yang diluahkan oleh Dato Seri Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu.

:::Tahniah:::
Tahniah buat wira2 dari Skuad Harimau Malaya yg telah mengharumkan nama negara. Kerajaan negeri Terengganu bersetuju memberikan RM5000 dan sebidang tanah kpd 6 org anak Terengganu yg telah menamatkan 'kemarau selama 14 tahun.

"Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat"~ Charles Cahier

No comments:

Post a Comment