27 February 2011

Cerewetkah aku??

:::Aku bukan orang lain:::

Cerewet perlu ada pada setiap individu, bagi aku untuk mencapai kesempurnaan. Dalam erti kata lain untuk mencapai KPI bagi diri sendiri. Mungkin minggu lepas ada yg terasa dgn aku. Aku buat itu semua bukan untuk kepentingan diri semata-mata (sekelumit pun tidak ada)tapi itu semua untuk kebajikan pihak yang sepatutnya menerima hak mereka. Aku rasa belum lg 100% cerewet aku, myb dlm 40% cerewet aku dlm menyelesaikan kemelut yang tiada penghujungnya. Moga2 apa yang dijanjikan untuk berubah terlaksana dan bukan setakat janji-janji manis.

26 February 2011

Lapang rasanya minda

:::Makan2 bersama:::
Alhamdulillah apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya pd tahun 2011 ini. Semua guru makin rapat antara satu sama lain, hubungan makin erat, segala masalah dpt diselesaikan bersama-sama. Terima kasih semua.

:::Hari ini:::




Guru-guru bersarapan bersama2 disebuah kedai makan. Tergambar keceriaan di wajah guru masing2. Segala menu semua di ordernya hari ini. Menu mknan (Mee Rebus, Bakso, Lempeng kelapa, ABC, Roti Canai), harga mknanan dan rasa mkanan membuatkan kami semua puas hati. Terima kasih buat En Suaini yang sudi belanja kami semua. Moga2 En Suaini dimurahkan rezeki olehNYA. Amin.

*gambar2 makanan tak dpt di'snap krn bateri hp low..maaf semua..apa2 pun makanan yg menyelerakan.

25 February 2011

Penat tapi puas.

:::Langkah pertama selesai:::

Hari ini aku begitu penat sekali dlm msyt bg mempertahankan hak murid2 dan guru2. Terima kasih buat Cikgu Aidee selaku GPKOKO yang banyak membantu dan juga guru2 lain selaku Ajk Kantin. Mungkin sebelum ini pihak pengurusan kantin terlepas pandang perkara-perkara yang penting walaupun kecil. Moga2 hari mendatang mampu membawa perubahan yang positif. Amin

23 February 2011

Sumbangan MAIJ

:::Rezeki murid2ku:::
Alhamdulillah, seramai 12 org muridku memperolehi sumbangan daripada MAIJ bagi tahun 2011.Moga2 sumbangan yang diperolehi mampu mengukir senyuman yang manis dibibir mereka.






Bulan Februari 2011

:::Memenatkan:::

Aku rasa bulan Februari nie begitu memenatkan diri. Mungkin yg lain pun sama mcm aku. Moga2 ia cepatlah berlalu. Namun semua keja2 perlu aku siapkan , kalau tak aku kejar kerja.....mungkin kerja yang kejar aku...hehehe..sabar jerlah.

18 February 2011

Bantuan MAIJ

:::Rezeki mereka:::
Segala urusan pengambilan bantuan pakaian seragam sekolah bagi mereka yang layak telah selesai pagi tadi. Semoga bantuan khas MAIJ mampu menceriakan hidup mereka yang kurang berkemampuan.

16 February 2011

Februari begitu cepat

:::Kerja2 menimbun:::
Aku cuba gagahkan jua, menyiapkan kerja-kerja yang makin menimbun walaupun banyak kerja baru yang sedang menunggu. Setiap masa aku mengharapkan bulan Februari berlalu seiring dgn kerja yang aku siapkan. Moga2 aku sentiasa diberi kekuatan olehNYA untuk meneruskan perjalanan hidup ini dengan penuh keberkatan.Amin

:::Sabtu~12hb022011:::

Perjalanan program Larian Perdana telah berlangsung di Sk Sri Perani dengan jayanya. Terima kasih semua kerana sama-sama menyerikan program tersebut. Terima kasih juga kepada Tuan Pegawai PPD Kota Tinggi yang sudi meluangkan masa bersama-sama2 cigku dan murid Sk Sri Perani.























11 February 2011

Program Aku Janji & Pemuafakatan Tahun 6 2011

:::Selesai sudah:::
Alhamdulillah majlis pagi ini selesai dgn jayanya. Semua guru dan ibu bapa serta murid-murid memberikan kerjasama yang sangat baik. Program ini merangkumi aku janji murid, aku janji ibu bapa dan juga aku janji guru-guru yang mengajar tahun 6 2011.