18 August 2011

Balik kampung

::Penat tp gembira::


12 Ogos 2011 - Jumaat, kami sekeluarga bergerak pulang ke kampung. Kuantan merupakan tempat kami bermalam sblm meneruskan perjalanan. Anak2 bujangku bukan main gembira lg bila dpt berjalan. Adam yang paling seronok sebab dia tahu arah tuju kami sekeluarga.

12 August 2011

Merdeka...Merdeka...

::Kemerdekaan::

Masa cepat berlalu, kita hanyut dibuai masa tanpa menghiraukan perjuangan org2 terdahulu. Mereka bermatian2 mempertahankan Tanah Melayu. Namun kini, rakyat seolah-olah memandang enteng pada Jalur Gemilang. Tambahan pula, tahun 2011 ini sambutan kemerdekaan 'bersaing rapat dgn Hari Raya Aidilfitri. Ramai yg leka dan terlepas pandang untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Ayuh rakyat Malaysia...kibarkanlah Jalur Gemilang walaupun kecil kerana ia memberi makna yg amat besar kpd generasi akan datang.

::Jom kibarkan Jalur Gemilang::








::Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu::

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

11 August 2011

Hari ke 2 (9 Ogos) dan ke 3 (10 Ogos)

::Selesai sudah:::

Ujian Nilai Tambah UPSR 2011 berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Murid-murid dapat merasai pengorbanan ibu bapa masing-masing.

::Hari ke 2 ( 09 Ogos 2011 )::







::Hari ke 3 ( 10 Ogos 2011 )::







08 August 2011

Nilai Tambah UPSR 2011

:::3 Kertas:::

Alhamdulillah calon2 UPSR Sk Sri Perani hari ini telah menduduki Ujian Nilai Tambah UPSR 2011 bagi 3 kertas dengan jayanya, tahniah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd ibu bapa yg sudi menemani anak masing2 ketika mrk menjawab soalan bagi Kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Kertas Bahasa Melayu Penulisan dan Kertas Matematik 1.






07 August 2011

Hari2 cepat sgt...

:::Rindu:::

Dah bersawang ..dah berhabuk....tp masa cukup singkat utk melakukan semuanya..harap2 masa + semangat ada utk 'bersihkan' blog aku mulai mlm ini (",)

p/s: time berbuka td dah cukup, tp air masih kurang nie (",)