29 December 2011

Taklimat

|29hb122011|


Alhamdulillah taklimat mengenai Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum bagi sesi persekolahan 2012 berjalan dengan jayanya hari.

27 December 2011

Sekolah 2012

::|Meriah ~ 28hb122011|::



Guru kelas sibuk mengasingkan buku untuk murid bagi sesi persekolahan tahun 2012. Kehadiran ibu bapa amatlah dihargai. Moga-moga sesi persekolahan bagi tahun 2012 tidak lama lagi berjalan dengan lancar.

Mesyuarat Guru 2012

::Selesai hari pertama::



Alhamdulillah msyt berjalan spt yg dijadualkan. Namun masa tetap mencemburuinya. Maka mesyuarat ditangguhkan.

26 December 2011

Mulanya 2012

::Mesyuarat::

Mesyuarat Guru Sk Sri Perani Kali Pertama Tahun 2012.

Hari : Selasa
Tarikh : 27hb.12.2011
Jam : 8:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Sk Sri Perani

06 December 2011

Pekeliling Gaji SBPA 2012 - credit beritasemasa.com



[UPDATE 4 DISEMBER 2011 Berita SBPA Gaji Baru 2012] Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012

Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

Difahamkan mana-mana kakitangan yang mendapat markah 70 peratus dan ke bawah selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

CREDIT- beritasemasa.com

04 December 2011

SBPA 2012

::Tahniah Penjawat Awam:: - credit utk Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA

Saya amat menghargai kawan-kawan yang tidak jemu memberi pandangan di FB saya ini. Jadi istimewa untuk rakan-rakan sekelian, berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

Dalam masa yang sama janganlah lupa mengenai 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 yang akan diterima pada bulan Ini.

p/s: yang lain sabar dulu yea..hehehe. bagi golongan pelaksana menjalankan kerja2 mereka terlebih dahulu utk kita -kata kawan aku...hehehe (",)

Pantai

::03hb122011::



Jalan-jalan makan angin di Pantai Melawi dan Pantai Irama Bachok, Kelantan. Geram jer Adam dan Alan nak masuk air..hehehehe..

Taman Tamadun Islam

::02hb122011::














Kali ini berpeluang menghabiskan masa di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu walaupun sekejap. Gembira bukan main lagi Adam & Alan. Aku dan wife juga telah mendapat pasport masuk ke TTI, Kuala Terengganu.

Setelah penat, tanpa berlengah lagi kami berempat terus bergerak ke Desa SBJ Putra iaitu rumah Tok Ma dan Tok Abah kepada Adam dan Aqlan.

03 December 2011

Cuti Sekolah 2011

::01hb122011::


Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. Penat bukan kepalang tapi hati puas melihat kerenah anak-anak bujang yang makin membesar. TQ Allah.

p/s: berehat seketika di Kuala Terengganu...